Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nama diberi tanpa dipinta ialah Mohammad Azzam Nur Afiq Bin Abdul Razak yang merupakan pelajar tahun 1 sesi 2022/2023 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. 

Gambar menunjukkan diri saya 

Saya dilahirkan pada 3 November 2002 di Hospital Medina Kota Kinabalu, Sabah. Saya merupakan anak bongsu iaitu anak yang keempat dari empat orang adik beradik. Saya merupakan individu yang minat bersukan. Saya boleh bermain bola sepak, badminton, bola tampar, takraw dan bola baling. Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan kepada aktiviti sukan. Sukan yang paling diminati adalah bola sepak kerana saya sering melihat perlawanan bola sepak di televisyen bersama keluarga. Dari situ bermulanya minat untuk bermain bola sepak dan dijadikan hobi bagi memenuhi masa lapang.

Gambar gelanggang futsal

Gambar bersama rakan-rakan selepas bersukan

Sewaktu berumur 7 tahun sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Putatan dan seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan sehingga Tingkatan Lima. Kemudiannya, saya meneruskan pengajian di Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan. Perjalanan hidup saya dalam menuntut ilmu sangatlah mencabar kerana setiap perkara yang dilakukan pasti ada pasang surutnya termasuklah dalam proses menuntut ilmu. Ketika saya menduduki peperiksaan UPSR, saya memperoleh keputusan cemerlang iaitu 4A 1B. Namun, prestasi akademik saya sedikit terjejas semasa peperiksaan PT3 kerana hanya memperoleh 4A dan seterusnya mendapat 3A di peringkat SPM. Namun, saya yakin manisnya kejayaan pasti akan diperoleh dengan usaha dan tekad yang tidak putus dalam diri. Bagi peperiksaan STPM, saya telah memperoleh CGPA 4.00 di Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan diri saya tetapi telah membanggakan keluarga, guru-guru dan sekolah kerana telah berjaya  menjadi satu-satunya calon yang mendapat CGPA 4.00 di Pusat Tingkatan Enam SMK Putatan. 

Gambar ketika penyampaian slip peperiksaan STPM

Gambar Majlis Graduasi STPM 2022

Video Majlis Graduasi PUSTEM SMK Putatan

Dengan ini, perjalanan saya tidak terhenti di situ sahaja kerana terdapat tanggungjawab perlu digalas dan diteruskan apabila saya memperoleh peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Hal ini merupakan perkara yang diidamkan oleh saya sejak sekolah rendah lagi untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading.


Gambar Logo UKM