PENGALAMAN DI UKM

08/10/2022 merupakan tarikh penting dalam hidup saya. Ia merupakan suatu permulaan baharu dalam perjalanan kehidupan. Permulaan menuju kejayaan. Tarikh tersebut merupakan kali pertama saya menjejakan kaki di bumi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


gambar semasa perjalanan ke UKM.


Saya telah diberi tawaran untuk menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran perniagaan. UKM juga telah mengagihkan kolej kediaman kepada semua pelajar tahun satu. Saya telah ditempatkan di Kolej Rahim Kajai. Pendaftaran perlajar tahun satu telah dilakukan pada hari tersebut. Pelajar tahun satu bersama keluarga diminta untuk berkumpul di dewan gemilang. Selepas itu, pelajar bersama keluarga dibawa ke kolej masing menaiki bas untuk pendaftrana di kolej masing.

Kolej Rahim Kajai, UKM.


Selepas selesai pendaftran di kolej dan menerima kunci, seterusnya saya dan keluarga bergerak menuju ke bilik yang telah diberikan, ibubapa saya telah membantu saya menghantar barang dn mengemas bilik sebelum pulang. Setelah selesai mengemas bilik, keluarga saya bergerak pulang ke rumah. Maka bermulalah perjalanan saya seorang diri di UKM.

Seterusnya bermulalah sesi Orentasi pelajar tahun atau dikenali  Minggu Apresiasi Watan (MAW) selama seminggu. Secara ringkasnya, perlbagai aktiviti yang telah disusun atur oleh pihak UKM dan juga pihak kolej untuk kami semua bagi mengenali UKM. Antara aktivitinya ialah, senam robik, perbarisan antara kolej, pengenalan kepada jawatankuasa dan pentadbiran UKM, sesi interaksi bersama alumni dan juga pengenalan di fakulti masing masing. Setelah selesai semua aktiviti tersebut, sampailah kita ke penghujung orentasi iaitu hari terakhir orentasi, merupakan mengambil ikrar pelajar. Suatu penghujung yang merupakan permulaan bagi perjalanan 3 tahun akan datang sebagai seorang siswa yang menggalas pelbagai tanggungjawab untuk keluarga dan juga diri sendiri.

gambar semasa perbarisan

gambar semasa senam robik



video semasa orentasi di DECTAR

gambar semasa orentasi di Fakulti





semasa menandatangan surat aku janji pelajar