Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Nama saya Nasuha Ezzahani binti Elias merupakan pelajar tahun 1 sesi 2022/ 2023 daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Saya berasal daripada Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Saya ingin berkongsi sedikit tentang keluarga saya. Ayah saya ialah Elias bin Ali merupakan seorang ahli perniagaan manakala ibu saya iaitu, Zakiah binti Ahmad merupakan seorang suri rumah. Saya mempunyai empat orang adik-beradik dan saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Amarsukri Elias merupakan anak pertama yang telah berkahwin dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Nadhirah Ezarina merupakan anak kedua yang telah tamat pengajian Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM. Seterusnya, saya merupakan anak ketiga yang sedang belajar melanjutkan pengajian di UKM dan anak keempat ialah Nasuha Ezzayani merupakan kembar saya yang sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi di UPM. Saya merupakan kelulusan daripada sains sosial STPM di Pusat Tingkatan Enam SMK Penanti, Pulau Pinang dengan PNGK 4.00 daripada 40,926 calon yang menduduki peperiksaan STPM 2021. Saya bersyukur untuk berkongsi bahawa pencapaian ini bermula dengan kegagalan saya dalam SPM yang saya percaya bahawa saya perlu sanggup berkorban untuk mengubah latar belakang akademik saya. Selain itu, pencapaian akademik saya telah dianugerahkan Anugerah Khas Pengetua bagi kategori Cemerlang Akademik di Majlis Tamat Tingkatan Enam (MATTEN) kali ke-7 di The Top, Penang. 


Gambar ini menunjukkan gambar saya.


Gambar ini menunjukkan gambar ahli keluarga saya.

Gambar ini menunjukkan kakak saya menerima skrol semasa majlis konvokesyen ke-45.

Gambar ini menunjukkan saya ketika mengambil keputusan STPM 2021.


Gambar ini menunjukkan kembar saya menerima apreasiasi sebagai pelajar 4.0 semasa di Matrikulasi.



Video ini menunjukkan saat saya menerima Anugerah Khas Pengetua di The Top, Penang.