Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nama diberi Muhammad Zahid bin Mohamad Ismail. Saya berusia 19 tahun dan merupakan pelajar tahun satu di Universiti Kebagsaan Malaysia (UKM). Mengenai diri saya, saya dilahirkan di Klang, Selangor . Saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai keluarga saya yang terdiri daripada 6 orang ahli. Ibu saya bernama Magemah Bee binti Ismail yang merupakan seorang suri rumah, manakala bapa saya bernama Mohamad Ismail bin Noor Mohd merupakan seorang Pentadbir Sistem di bawah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Saya merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Kesemua adik-beradik saya masih belajar iaitu dua kakak saya telah melanjutkan pengajian di IPT dan IPG manakala adik saya pula masih menuntut pengajian di sekolah menengah. Saya memulakan zaman persekolahan saya di SK Kampung Jawa (2) dan Sekolah Rendah Agama Kampung Jawa dari darjah satu sehingga enam. Kemudian saya memulakan pengajian tingkatan satu hingga lima saya di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin. Selepas tamat SPM saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Kelantan selama setahun dalam jurusan perakaunan dan Alhamdulillah kini saya berjaya masuk ke universiti pilihan saya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan  dengan kepujian. Jika diberi peluang dan ruang saya akan bertukar ke jurusan Perakaunan pada tahun kedua nanti. Hal ini demikian kerana, cita-cita saya yang utama adalah untuk menjadi seorang akauntan bertauliah. Saya berharap agar dapat mencapai keputusan cemerlang untuk setiap semester di universiti ini. Saya juga amat meminati aktiviti sukan dan pengembaraan kerana dapat memperoleh pengalaman baru dalam hidup saya.


                                                        Gambar ini menunjukkan diri saya


                                                          
                              Gambar ini menunjukkan ahli praktikum saya semasa di matrikulasi



                                   Video ini menunjukkan serba sedikit mengenai pengenalan diri saya