Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Untuk blog kali ini saya akan menceritakan tentang kampung saya iaitu Pulau Pinang. Saya berasal daripada Pulau Pinang dan sudah tentu saya bangga menjadi sebahagian daripada penduduk Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan negeri sebahagian daripada Negeri Kedah sebelum diambil oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dan dijadikan tanah jajahan Mahkota British. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya jambatan dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam. Negeri ini juga merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan satu-satunya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Nama Pulau Pinang ini diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali Pulau Pinang. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang. Seperti kita tahu Pulau Pinang sangat popular dengan mempunyai dua Jambatan Pulau Pinang.

Gambar ini menunjukkan bendera Pulau Pinang.

Gambar ini menunjukkan Jambatan Pulau Pinang.

Video ini menunjukkan permandangan Jambatan Pulau Pinang dari dalam kenderaan.

Pulau Pinang, yang juga digelarkan sebagai "Mutiara Timur" (Pearl of the Orient), merupakan sebuah syurga bagi pencinta-pencinta makanan yang datang dari seluruh Malaysia dan Singapura untuk menikmati gaya masakan yang istimewa. Makanan Pulau Pinang yang membayangkan pergaulan di antara kaum Cina, Melayu dan India, juga dipengaruhi kuat oleh makanan Thailand. Pulau Pinang adalah termashyur dalam makanan penjaja yang dijual dan dimakan di tepi jalan, terutamanya makanan mi dan makanan laut.



Gambar ini menunjukkan saya di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.


Batu Ferringhi, yang terletaknya di pantai utara Pulau Pinang, mempunyai banyak hotel yang moden dan merupakan pantai peranginan yang amat popular. Ramai pelancong juga melawati Georgetown, sebuah bandar yang bersejarah dan yang mengandungi rumah-rumah pelbagai kaum, termasuk orang Cina Selat, Melayu dan India, yang dibina pada abad kesembilan belas. Bangunan-bangunan kolonial British boleh juga didapati diantara kuil-kuil Cina dan India, dan masjid orang Melayu Islam. Kuil Kek Lok Si di Air Itam, Rumah Besar Cheong Fatt Tze di bandar, dan Kuil Ular di Bayan Lepas merupakan destinasi pelancong yang masyhur. Salah satu daripada mercu tanda yang utama ialah bangunan KOMTAR, bangunan yang tertinggi di Pulau Pinang.


Gambar ini menunjukkan suasana di luar KOMTAR


Gambar ini menunjukkan seorang pembawa beca bersama pelancong menaiki beca.

Kegiatan perdagangan di negeri Pulau Pinang telah merosot dengan hebat bukan sahaja disebabkan oleh kehilangan taraf pelabuhan bebas, tetapi juga kerana kemajuan yang aktif di Pelabuhan Klang berdekatan ibu negara Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, masih terdapatnya sebuah terminal kontena di Butterworth yang meneruskan perkhidmatannya disebelah utara.

Pada hari ini, negeri Pulau Pinang merupakan ekonomi yang ketiga terbesar di antara negeri-negeri Malaysia, iaitu selepas Selangor dan Johor. Sektor pengeluaran merupakan sektor terutama dalam ekonomi negeri dengan sumbangan sebanyak 45.9% kepada keluaran negeri kasar pada tahun 2000. Perkembangan industrialisasi di bahagian selatan pulau amat pesat, dengan banyak kilang elektronik teknologi tinggi (seperti Intel, AMD, Motorola, Agilent, Hitachi, Osram, Bosch dan Seagate) yang terletaknya di Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru.

Selain itu, Pulau Pinang juga terkenal dengan kepelbagaian makanan iaitu Nasi Kandar, Mee Sotong, Laksa Penang, Kari, dan sebagainya.



Gambar ini menunjukkan Nasi Kandar di Pulau Pinang.


Gambar ini menunjukkan mee sotong di Pulau Pinang.


Video ini menunjukkan laksa Penang.



Gambar ini menunjukkan Kari di sebuah restoran di Pulau Pinang.