Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya sebagai pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi. Sebelum saya berjaya melangkah kealam universiti ini, saya merupakan pelajar  matrikulasi KPM selama setahun bagi menamatkan program asasi saya. Walaupun saya sebelum ini pernah tinggal di asrama semasa di matrikulasi, tinggal di UKM ini memberikan saya satu pengalaman dan cabaran yang baru kepada saya. Saya mula mendaftar sebagai pelajar UKM pada 8 Oktober 2022 dan ditempatkan di Kolej Rahim Kajai sebagai tempat penginapan saya sepanjang tahun pertama di universiti ini. Maka sudah bermulalah kehidupan saya sebagai mahasiswa di UKM dan saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membanggakan ibu bapa saya yang telah berpenat lelah membawa saya ke tahap ini. Pada hari pendaftaran tersebut, saya sekeluarga telah menaiki bas yang disediakan oleh pihak universiti untuk ke kolej kediaman. Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama-sama dengan keluarga saya sepanjang mengemas bilik  dan mengurus hari pertama saya di UKM.



         Gambar ini menunjukkan keluarga saya membantu mengemas bilik saya di Kolej Rahim Kajai 


Selain itu, saya juga ingin berkongsi serba sedikit mengenai program orientasi yang dijalankan oleh pihak universiti untuk minggu pertama kemasukan. Program orientasi di UKM ini merupakan yang pertama dijalankan sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh negara. Minggu orientasi kami juga dinamakan dengan Minggu Apreasasi Watan (MAW).Pada hari pertama orientasi tersebut, program yang dijalankan adalah melibatkan kolej masing-masing dengan sesi pengenalan ahli-ahli kolej yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Razaleigh bin Muhamat @ Kawangit sebagai Pengetua Kolej Rahim Kajai. Bagi hari kedua orientasi iaitu pada 9 Oktober 2022 yang berhormat Prof.Dato’ Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Timbalan Naib Canselor UKM telah memberi ucapan serta merasmikan minggu MAW di DECTAR. Pada hari yang sama juga terdapat program-program lain yang turut dijalankan iaitu sesi bersama Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM, Pusat Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Citra dan lain-lain. Terdapat juga slot bersama pihak PTPTN dijalankan pada hari tersebut. Slot ini amat membantu ramai pelajar bagi mengetahui cara atau kaedah untuk memohon pinjaman pendidikan ini bagi menanggung perbelanjaan semasa di universiti. Seterusnya, pada 10 Oktober 2022 program bersama fakulti masing-masing telah dirangka dan saya sebagai pelajar pentadbiran perniagaan telah ke Fakulti Ekonomi dan Pengurusan buat pertama kali. Saya dapat melihat kawasan-kawasan di sekitar fakulti serta dewan-dewan kuliah yang akan menjadi tempat belajar saya sehingga tamat pengajian nanti. Sesi interaksi bersama beberapa pensyarah telah dijalankan bagi pelajar-pelajar bertanyakan soalan mengenai subjek dan kaedah pembelajaran di UKM. Pada sebelah malam pula, semua pelajar beragama islam diwajibkan untuk ke masjid bagi mengikuti program Malam Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul pada waktu itu. Melalui program tersebut banyak ilmu-ilmu baharu yang dapat diperoleh bagi menempuh kehidupan saya di universiti ini. Bagi pelajar yang bukan beragama islam aktiviti lain telah dijalankan untuk mereka iaitu Forum Jati Diri di DECTAR. Pada hari keempat orientasi aktiviti senamrobik telah dijalankan di Dewan Gemilang serta aktiviti perbarisan antara kolej turut dijalankan. Pada hari terakhir minggu orientasi tersebut semua pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam yang telah ditetapkan bagi bacaan ikrar sebagai Masiswa UKM di DECTAR. Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan majlis penutup bagi MAW dan majlis tersebut dijalankan dengan penuh semangat dan hebat. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis tarian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahun 1 yang baru memasuki UKM.




                                              Gambar ini menunjukkan hari perasmian MAW 


Video ini menunjukkan suasana semasa hari penutup MAW iaitu Konsert Disini Lahirnya Sebuah Cinta


       Video menunjukkan ahli perbarisan Kolej Rahim Kajai semasa hari sukan pada minggu MAW