Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kampus Bangi. Sebelum saya menjejaki ke UKM ini terletak saya perspektif yang berbagai-bagai sebelum memasuki ke alam universiti. Lebih-lebih lagi saya tidak pernah melalui alam universiti kerana saya merupakan lepasan STPM yang datang daripada sekolah dan agak takut untuk tinggal di negeri orang dan risau sekiranya terlalu terdedah dengan dunia luar yang bebas tetapi untuk mencapai sebuah kejayaan, saya perlu memastikan saya keluar daripada zon selesa. UKM dengan kursus pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan merupakan pilihan pertama saya di UPU bukanlah saya penanda aras untuk saya ukur dengan kejayaan tetapi sebagai pengukur sebagai permulaan sebuah perjalanan. Saya hadir untuk mendaftarkan diri di Kolej Rahim Kajai UKM pada 8 Oktober 2022. Ibu Bapa saya hantar saya ke UKM pada hari tersebut dengan reaksi wajah yang mengharapkan saya bakal membawa balik sebuah kejayaan bukan kegagalan dengan harapan. Oleh itu, saya perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan saya dapat membanggakan mereka setelah jauh dapat hantar dari Pulau Pinang ke Selangor berkilometer untuk menhantar takkan saya persiakan usaha mereka. Perasaan yang datang bercampur-baur di UKM saat tiba dengan dipenuhi dengan perasaan sedih, gembira, takut, gementar dan sebagainya. Apa pun perasaan saya tetap perlu lalui Setelah itu, emak ayah dan saya menaiki bas untuk ke Kolej Rahim Kajai untuk mengangkat barang, Apabila tiba di kolej saya perlu lapor diri di pondok pendaftaran Kolej Rahim Kajai dan seterusnya mengambil kunci di Foyer Kolej. Setelah mengambil kunci saya dan keluarga terus ke bilik untuk mengemas barang.


Gambar ini menunjukkan saya bersama ibu bapa saya di Kolej Rahim Kajai.


Gambar ini menunjukkan saya dan ahli keluarga yang dapat datang menghantar ke UKM.

Gambar ini menunjukkan ayah saya sedang mengelap tingkap di bilik Kolej Rahim Kajai.


Gambar ini menunjukkan saya dan emak saya sedang mengemas bilik di Kolej Rahim Kajai.



Seterusnya, saya ingin bercerita tentang pengalaman semasa Minggu Apreasiasi Watan (MAW) selama 5 hari di UKM. Saya merupakan batch yang pertama menggunakan nama baru bagi minggu orientasi iaitu, Minggu Apreasiasi Watan (MAW) sebelum ini menggunakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM).  Pada hari pertama orientasi iaitu pada 8 Oktober 2022, hanya melakukan orientasi di sekitar kolej masing-masing sehingga lewat malam. Seterusnya, pada 9 Oktober 2022 bermula pembukaan MAW oleh ucapan pembukaan Timbalan Naib Canselor di DECTAR pada pukul 9 pagi. Pada hari itu juga terdapat interaksi bersama Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu, sesi bersama Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Pusat Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Citra, Pusat Pengajaran & Pembangunan Kurikulum dan PTSL. Manakala pada sesi petang sesi interaksi dengan PTj daripada UKM-Karier, Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Keselamatan,  dan PTPTN. Seterusnya untuk sesi malam pula Naratif Watan: Teras Kecemerlangan oleh Pro Naib Canselor dan bicara teras daripada ikon pelajar dan Alumni. Semasa sesi ikon pelajar dan Alumni saya paling suka kerana dapat menginspirasi ikon pelajar serta Alumni UKM yang telah berjaya sangat terinspirasi. Pada 10 Oktober 2022, merupakan sesi orientasi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, dan saya menaiki bas ke FEP dan mendengar taklimat di Dewan Kuliah 1 di FEP. Pada waktu malam, saya perlu ke Masjid Universiti bagi yang beragama Islam untuk Malam Cinta Rasul manakala yang bukan beragama Islam di DECTAR untuk Forum Jati Diri. Pada 11 Oktober 2022, sesi pagi saya perlu melakukan Senamrobik iaitu program UKM CERGAS di Dewan Gemilang dan seterusnya aktiviti prakarsa dan domain kemenjadian pelajar mengikut kolej. Pada hari tersebut untuk sesi malam bermula sesi perbarisan dan sukan di Stadium UKM. Pada hari Rabu iaitu 12 Oktober 2022 merupakan hari terakhir MAW yang perlu melafazkan ikrar di DECTAR sebagai mahasiswa UKM. Pada pagi tersebut kami perlu mendengar Amanat Naib Canselor seterusnya bacaan ikrar. Pada malam hari pula, kami hadir ke Konsert Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta di DECTAR sebagai penutup MAW.




Video ini menunjukkan Pembukaan MAW UKM.

Video ini menunjukkan MAW semasa program Malam Cinta Rasul.


Video ini menunjukkan MAW@Fakulti (Lawatan Naib Canselor sempena aktiviti Minggu Apresiasi Watan di Fakulti, UKM)



Video ini menunjukkan MAW semasa program UKM S.I.H.A.T. Perbarisan dan Sukan di Stadium UKM.


Video ini menunjukkan semasa program Amanat Naib Canselor di DECTAR.


Video ini menunjukkan bacaan ikrar bagi mahasiswa baru 2022/ 2023 di DECTAR.


Video ini menunjukkan Konsert di Sini Lahirnya Sebuah Cinta semasa MAW.